Raudhah Hisham Flora
Thursday, January 8, 2015
My Favourite Mulberry
Pohon Mulberry ini benihnya saya bawa pulang dari Kuala Lumpur 8 tahun yang lalu. Tak pernah lihat pokok Mulberry seumur hidup sebelum itu. Hanya selepas menyewa sebuah rumah teres di Pandan Indah barulah saya kenal Mulberry.
Pohon Mulberry di rumah sewa saya itu ditanam di belakang dapur oleh tuan rumah. Saiznya sebesar pohon mempelam dewasa. Berbuah lebat mengundang burung2 bersiul riang menikmati buahnya yg masam2 manis itu. Walau tinggal di kota raya, suara burung2 itu membuatkan saya terasa seperti berada di kampung.
Kini pohonan Mulberry saya meneruskan legasinya. Menjadi kegemaran anak2 kampung pula. Alhamdulillah ...
Pudina oh Pudina
Saya memang suka sgt daun pudina. Banyak kegunaan daun comel ni tapi biasanya saya guna untuk buat Arabic Tea.. lately buat detox drink. Hurmm... segar jer baunya.
A few times saya cuba tanam pokoknya. Tapi ia tak mahu hidup lama. Kali ini cuba lagi.. beli yang dah hidup subur. Fresh dari Cameron Highland.
Monday, February 4, 2013
TEKNIK MENCANTIKAN TANAMAN HIASAN ; CANTUMAN BAJI SELIT
Tanaman hiasan perlu diberikan penjagaan dan perhatian yang rapi dan khusus bagi memberikan pertumbuhan dan pemandangan yang baik. Salah satu cara untuk menambah tarikan pada tanaman hiasan terutama yang jenis berbunga dan mempunyai batang berkayu adalah dengan melakukan cantuman.
1. Pilih ranting baru atau istilahnya sion, untuk dicantumkan pada tanaman induk.






Sumber : Gurulandskap.blogspot.com
Saturday, February 2, 2013
Tuesday, January 29, 2013
ASAS PEMBIAKAN TANAMAN

Tanaman yang dibiakkan melalui biji benih adalah tanaman semusim seperti padi, jagung, sayur-sayuran dan juga tanaman hiasan. Biji benih biasanya mengalami pendebungaan kacuk dan faktor ini tidak menjamin tanaman yang dibiakkan akan menghasilkan anak yang mempunyai ciri-ciri yang sama seperti tanaman yang hendak dibiakkan dengan cara ini, pemilihan biji benih perlu dilakukan untuk mendapatkan baka yang tulen. Pemilihan boleh dibuat dengan mengambilkira beberapa faktor seperti berikut:-
- pokok induk yang sihat.
- buah yang cukup masak dan tiada serangan penyakit dan perosak.
- buah yang normal.
- buah dipertengahan musim dan terletak di bahagian tengah ladang.
Pembiakan vegetatif atau tampang adalah cara pembiakan dengan menggunakan bahagian tertentu tanaman seperti keratan batang, pucuk, daun dan rizom. Ia dilakukan bagi tanaman yang tidak mengeluarkan biji benih atau sukar berbunga. Kaedah pembiakan ini kerap menjadi pilihan kerana caranya mudah dan dapat menghasilkan pokok dengan baka tulen. Kaedah ini juga dapat memendekkan tempoh matang di mana pokok mengambil masa lebih pendek untuk berbunga atau berbuah, tetapi tumbesaran tanaman dengan cara ini adalah terhad. Kaedah keratan, tut, cantuman, belahan rumpun dan bebawang selalu dilakukan tetapi kejayaan pembiakan ini bergantung kepada pemilihan bahan tanaman, keadaan iklim, tanah, air dan juga kemahiran.
Kaedah tut
Kaedah cantuman
Kaedah belahan rumpun
Kaedah menanam dengan menggunakan bebawang
