Pada masa kini kebanyakan tanaman
dibiakkan dengan berbagai kaedah menggunakan teknologi yang berbeza tetapi
melalui asas pembiakan yang sama. Asas pembiakan tanaman yang betul perlu
diketahui terlebih dahulu sebelum mengusahakan sesuatu projek pertanian bagi
menjamin hasil dan mutu yang dikeluarkan.
Terdapat beberapa asas pembiakan
tanaman yang boleh dijadikan panduan oleh umum dalam mengusahakan kultura
kebunan. Di bawah ini diterangkan asas pembiakan tanaman yang sering
dipraktikkan mengikut kesesuaian tanaman tersebut.
1 Pembiakan
Biji Benih
Tanaman yang dibiakkan melalui biji benih adalah tanaman semusim seperti padi, jagung, sayur-sayuran dan juga tanaman hiasan. Biji benih biasanya mengalami pendebungaan kacuk dan faktor ini tidak menjamin tanaman yang dibiakkan akan menghasilkan anak yang mempunyai ciri-ciri yang sama seperti tanaman yang hendak dibiakkan dengan cara ini, pemilihan biji benih perlu dilakukan untuk mendapatkan baka yang tulen. Pemilihan boleh dibuat dengan mengambilkira beberapa faktor seperti berikut:-
- pokok induk yang sihat.
- buah yang cukup masak dan tiada serangan penyakit dan perosak.
- buah yang normal.
- buah dipertengahan musim dan terletak di bahagian tengah ladang.

Pembiakan
Vegetatif (tampang)
Pembiakan vegetatif atau tampang adalah cara pembiakan dengan menggunakan bahagian tertentu tanaman seperti keratan batang, pucuk, daun dan rizom. Ia dilakukan bagi tanaman yang tidak mengeluarkan biji benih atau sukar berbunga. Kaedah pembiakan ini kerap menjadi pilihan kerana caranya mudah dan dapat menghasilkan pokok dengan baka tulen. Kaedah ini juga dapat memendekkan tempoh matang di mana pokok mengambil masa lebih pendek untuk berbunga atau berbuah, tetapi tumbesaran tanaman dengan cara ini adalah terhad. Kaedah keratan, tut, cantuman, belahan rumpun dan bebawang selalu dilakukan tetapi kejayaan pembiakan ini bergantung kepada pemilihan bahan tanaman, keadaan iklim, tanah, air dan juga kemahiran.

Keratan
batang
Terbahagi kepada keratan batang keras,
sederhana dan lembut. Bahagian tanaman yang sihat serta mempunyai
beberapa mata tunas dipilih. Keratan tanaman sepanjang 15-20 cm
digunakan. Keratan dipotong serong sedikit di bawah mata tunas atau
pangkal ruas. Biasanya daun-daun tanaman dibuang untuk mengelakkan pokok
yang disemai kekeringan. Keratan disemai menggunakan media semaian 2:1:1
(dua bahagian tanah, satu bahagian bahan organik dan satu bahagian
pasir). Kaedah ini selalu digunakan bagi membiakkan tanaman hiasan.
Keratan pucuk berdaun
digunakan bagi tanaman yang berbatang
lembut jenis herba dan renek. Keratan rizom digunakan untuk tanaman
seperti kunyit dan halia. Semaian yang dilakukan perlu disiram dan
diletakkan di tempat redup sehingga tanaman mengeluarkan pucuk.
Kaedah tut
Kaedah tut
merupakan cara pembiakan yang biasa
digunakan bagi tanaman buah-buahan. Tut melalui proses pembuangan kulit
kayu untuk tujuan pengakaran. Kulit ranting atau dahan pokok dengan saiz
1-2 cm garis pusat dipotong kira-kira 5 cm panjang dan dibuang kulitnya.
Bahagian yang terdedah disapukan dengan hormon penggalak akar dan ditutupkan
dengan tanah campuran. Bahagian tersebut dibalut dengan plastik untuk
menghalang kemasukan air dari luar. Media yang digunakan adalah campuran
dua bahagian tanah atas dan satu bahagian bahan organik bersama sedikit air.
Kaedah cantuman
Kaedah cantuman
sering digunakan bagi mendapatkan klon
pokok yang dikehendaki. Cara ini dapat menjamin baka tulen diperturunkan
kepada anak oleh induk. Terdapat berbagai kaedah cantuman seperti mata
tunas, cantuman baji dan sanding. Kaedah ini kerap digunakan bagi tanaman
buah-buahan seperti durian, rambutan dan lain-lain lagi.
Kaedah belahan rumpun
Kaedah belahan rumpun
boleh dilakukan bagi pokok yang hidup
berumpun. Ia dapat menghasilkan tanaman yang banyak daripada satu
induk. Pokok dibelah kepada beberapa belahan yang dikehendaki dan
ditanam. Tanaman yang boleh dibiakkan dengan cara ini kebanyakannya
terdiri daripada tanaman hiasan.
Kaedah menanam dengan menggunakan bebawang
Kaedah menanam dengan menggunakan bebawang
boleh ditanam terus tanpa perlu
disemai. Bahan tanaman dipilih daripada pokok yang sudah tua atau
matang. Tanaman yang dibiakkan dengan cara ini antaranya mempunyai
peratus hidup yang tinggi. Sayuran jenis bawang dan beberapa pokok hiasan
dibiakkan melalui cara ini.
Berbekalkan pengetahuan tentang bahan
tanaman, kemahiran dan pengalaman pembiakan pelbagai jenis tanaman boleh
dilakukan sendiri yang mampu memberikan kepuasan kepada individu yang menceburi
dalam bidang pertanian sama ada sebagai hobi atau komersial.