Thursday, January 8, 2015

My Favourite Mulberry

Pohon Mulberry  ini benihnya saya bawa pulang dari Kuala Lumpur 8 tahun yang lalu. Tak pernah lihat pokok Mulberry  seumur hidup sebelum itu. Hanya selepas menyewa sebuah rumah teres di Pandan Indah barulah saya kenal Mulberry.

Pohon Mulberry  di rumah sewa saya itu ditanam di belakang dapur oleh tuan rumah. Saiznya sebesar pohon mempelam dewasa. Berbuah lebat mengundang burung2 bersiul riang menikmati  buahnya yg masam2 manis itu. Walau tinggal di kota raya, suara burung2 itu membuatkan saya terasa seperti berada di kampung.

Kini pohonan Mulberry  saya meneruskan legasinya. Menjadi kegemaran anak2 kampung  pula. Alhamdulillah ...

Pudina oh Pudina

Saya memang suka sgt daun pudina. Banyak kegunaan daun comel ni tapi biasanya saya guna untuk buat Arabic Tea.. lately buat detox drink. Hurmm... segar jer baunya.

A few times saya cuba tanam pokoknya. Tapi ia tak mahu hidup lama. Kali ini cuba lagi.. beli yang dah hidup subur. Fresh dari Cameron Highland.